Searching...
Monday 3 September 2012

Nama-Nama Islami Yang Dianjurkan Oleh Rasulullah SAW

01:49
Nama-Nama Islami Yang Dianjurkan Oleh Rasulullah SAW - Nama adalah do'a dan merupakan salah satu kewajiban orang tua. Tahukah anda? Bahwa esok di hari kiamat kita akan dipanggil dengan nama-nama kita dan orang tua kita? Inilah salah satu alasan kenapa kita harus memberi nama yanga baik pada anak bukan sekedar nama yang kearab-araban atau jangan sampai kita memberi nama anak yang dimakruhkan oleh Rasulullah SAW.

Nama - Nama Islami Yang Dianjurkan Oleh Rasulullah SAW

Kapan Memberi Nama Pada Bayi/Anak Anda?
Disunatkan memberi nama kepada bayi pada hari ketujuh kelahirannya sebagaimana yang terdapat dalam sabda Nabi s.a.w.;
كُلُّ غُلاَمٍ رَهِينٌ بِعَقِيقَةٍ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ، وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى

"Setiap anak kecil (bayi) dipertaruhkan dengan suatu aqiqah; disembelih untuknya pada hari ke tujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama" (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah dari Hasan r.a. dari Samurah bin Jundub r.a.)

Namun terdapat juga hadis-hadis yang menceritakan bahawa Nabi s.a.w. pernah memberi nama kepada bayi pada hari dilahirkan. Antaranya ialah hadis dari Abu Musa al-Asy'ari r.a. yang menceritakan;

وُلِدَ لِي غُلاَمٌ، فَأَتَيْتُ بِهِ النَّبِيَّ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- فَسَمَّاهُ: إِبْرَاهِيمَ، وَحَنَّكَهُ بِتَمْرَةٍ وَدَعَا لَهُ بِالْبَرَكَةِ

"Telah dilahirkan untukku seorang anak, lalu aku membawanya kepada Nabbi s.a.w., maka baginda menamakannya Ibrahim dan baginda mentahniknya dengan sebiji buah tamar serta baginda mendoakan keberkatan untuknya" (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Jadi, yang menjadi sunnah dalam menamakan bayi ini ialah menamakannya pada hari ketujuh atau pada hari ia dilahirkan. Ini ditegaskan oleh Imam Nawawi dalam al-Azkar; "Yang menjadi sunnah ialah menamakan bayi pada hari ketujuh dari hari kelahirannya atau menamakannya pada hari kelahirannya"

Imam Bukhari kemudian menghimpun dua hadist kemudian berkesimpulan kedua hadist tersebut adalah seiring sejalan yaitu ; "Hadis-hadis yang menyebutkan memberi nama pada hari kelahiran jika tidak berniat melakukan aqiqah, dan adapun hadis-hadis yang menyebutkan hari ketujuh maka dimengertikan bagi orang yang ingin melakukan aqiqah bagi anaknya".

Jika bayi yang dilahirkan ditakdirkan mati sebelum diberi nama, disunatkan juga diberi nama kepadanya. Begitu juga, sunat memberi nama anak yang gugur.

Nama-Nama Anak/Bayi Islami Yang Dianjurkan Rasulullah SAW

Dalam memberi nama-nama pada bayi atau anak, Rasulullah telah memberi penjelasan sebagai berikut :

a) Memberi nama-nama yang bagus dan baik


إنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيامَةِ بأسْمائكُمْ وأسماءِ آبائِكُمْ فأحْسِنُوا أسْماءَكُمْ

"Sesungguhnya kamu sekalian akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh demikian, baguskanlah nama-nama kamu" (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)

b) Nama yang paling baik ialah Abdullah dan Abdurrahman ;

إنَّ أحَبَّ أسْمائكُمْ إلى اللّه عَزَّ وَجَلَّ عَبْدُ اللّه، وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ

"Sesungguhnya nama yang paling disukai oleh Allah dari nama-nama kamu ialah Abdullah dan Abdurrahman" (Riwayat Imam Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.)

c) Memberi nama anak dengan nama Nabi/Rasul seperti Ibrahim, Hud, Soleh, Muhammad dan sebagainya ;

تَسَمَّوا بأسْماءِ الأنْبِياءِ، وَأحَبُّ الأسْماءِ إلى اللّه تَعالى عَبْدُ اللّه وَعَبْدُ الرَّحْمَن، وأصْدَقُها: حَارِثٌ وَهمَّامٌ، وأقْبَحُها: حَرْبٌ وَمُرَّةُ

"Berilah nama dengan nama-nama para Nabi. Nama yang paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdurrahman. Nama yang paling tepat (dengan hakikat manusia) ialah Harith dan Hammam, dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah" (Riwayat Abu Daud, an-Nasai dan lain-lain dari Abi Wahb al-Jusyami r.a.)

Jabir bin Abdullah r.a. menceritakan; "Seorang lelaki dari kalangan kami baru memperolehi anak dan ia memberi nama anak itu 'Muhammad'. Lalu kaumnya berkata kepadanya; 'Kami tidak akan membiarkan kamu memberi nama dengan nama Rasulullah s.a.w.'. Maka lelaki ini pun pergi menemui Nabi s.a.w. dengan membawa anaknya di atas belakangnya. Ia bertanya Nabi; "Ya Rasulullah, dilahirkan untukku anak dan aku menamakannya 'Muhammad', lalu kaumku berkata kepadaku; 'Kami tidak akan membiar kamu menamakan dengan nama Rasulullah s.a.w.".

Lantas Nabi menjawab;

تَسَمَّوْا بِاسْمِي، وَلاَ تَكْتَنُوا بِكُنْيَتِي، فَإِنَّمَا أَنَا قَاسِمٌ، أَقْسِمُ بَيْنَكُمْ

"Berilah nama dengan namaku, akan tetapi jangan memanggil dengan panggilanku (yakni Abul-Qasim) kerana sesungguhnya aku adalah Qasim (pembahagi) yang membahagi di antara kamu"(Riwayat Imam Muslim)
Sebagaimana sedia dimaklumi bahawa, Nabi s.a.w. telah menamakan salah seorang anaknya dengan nama Ibrahim.

d) Menurut mazhab Syafi'ie, harus memberi nama dengan nama-nama Malaikat. Namun demikian, sebahagian ulama' memakruhkannya.

Berkata Qadhi 'Iyadh; "Telah memakruhkan sebahagian ulama' memberi nama dengan nama-nama Malaikat dan ia adalah pandangan al-Harith bin Miskin. Imam Malik memakruhkan memberi nama dengan Jibril dan Ya-sin".

e) Dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang buruk seperti Harb, Murrah, Kalb, 'Ashiyah, Syaitan, Dzalim, Himar dan sebagainya.

Begitu juga, dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama nasib dengan penafiannya pada adat/kebiasaan seperti nama-nama yang terkandung dalam sabda Nabi s.a.w.;

لاَ تُسَمِّيَنَّ غُلاَمَكَ يَسَاراً، وَلاَ رَبَاحاً، وَلاَ نَجِيحاً، وَلاَ أَفْلَحَ، فَإِنَّكَ تَقُولُ: أَثَمَّ هُوَ؟ فَلاَ يَكُونُ، فَيَقُولُ: لاَ". إِنَّمَا هُنَّ أَرْبَعٌ، فَلاَ تَزِيدُنَّ عَلَيَّ.

"Janganlah kamu menamakan anak kamu Yasar (mudah), Rabah (untung), Najih (berjaya) dan Aflah (berjaya). Kerana sesungguhnya jika kamu bertanya seseorang; Apakah ada di sana (Yasar[11], Rabah dan sebagainya itu)? Lalu ia menjawab; 'Tidak ada'. Sesungguhnya nama-nama itu hanya empat. Maka jangan kamu menambah ke atas apa yang aku sebutkan itu[12]". (Riwayat Imam Muslim dari Samurah bin Jundab r.a.)

Menurut Imam Nawawi, faktor dimakruhkan nama-nama tersebut (dalam hadis) ialah; buruk/jeliknya jawapan dan juga nama-nama tersebut ada kemungkinan menjatuhkan sebahagian orang ke dalam suatu bentuk perbuatan menengok untung/nasib".[13] (Contohnya; apabila ditanya; 'Adakah di sana ada Rabah (yang bermaksud; untung)?', lalu dijawab; 'Ada'. Apabila orang yang suka menengok/menilai nasib dengan suatu sempena atau kejadian mendengar jawapan ini, maka ia akan membuat andaian bahawa hari tersebut adalah hari untung).

f) Diharamkan memberi nama dengan nama "Malikul-Amlak" yang bermaksud; 'Raja bagi segala raja'.

Sabda Rasulullah s.a.w.;
إنَّ أخْنَعَ اسْمٍ عِنْدَ اللَّهِ تَعالى رَجُلٌ تَسَمَّى مَلِكَ الأمْلاكِ

"Sesungguhnya sehina-hina/seburuk-buruk nama di sisi Allah ialah seorang lelaki yang bernama Malikul-Amlak". (Riwayat Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a.)

Dalam riwayat yang lain, baginda bersabda;

أَغْيَظُ رَجُلٍ عَلَى اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَأَخْبَثُهُ، رَجُلٌ كَانَ يُسَمَّى مَلِكَ الأَمْلاَكِ، لاَ مَلِكَ إِلاَّ اللَّهُ

"Lelaki yang paling dimukai oleh Allah pada hari kiamat dan paling hina ialah lelaki yang diberi nama Malikul-Amlak (kerana hakikatnya) tiada raja melainkan Allah". (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Berkata Imam Nawawi; berkata para ulama'; memberi nama dengan nama ini (yakni Malikul-Amlak) adalah haram.

g) Hendaklah dijauhi dari nama-nama yang menunjukkan pengabdian/penghambaan kepada selain Allah
Seperti Abdul-Kaabah (Hamba Kaabah), Abdun-Nabi (Hamba Nabi), Abdul-'Uzza (Hamba Tuhan 'Uzza) dan sebagainya. Menurut Syeikh Abdullah Nasih 'Ulwan; memberi nama dengan nama-nama ini hukumnya adalah haram dengan sepakat para ulama'.

h) Begitu juga, hendaklah dijauhi dari memberi nama dengan nama-nama yang menggambarkan hilang/leburnya jati-diri (sebagai seorang muslim), meniru-niru (nama orang bukan Islam) dan nama-nama yang menzahirkan cinta-berahi seperti nama Huyam (gila berahi), Susan dan sebagainya.[16]

i) Disunatkan mengubah nama yang buruk atau yang tidak baik
Nabi s.a.w. telah melakukannya kepada para sahabat baginda.
Ibnu Umar r.a. menceritakan;

أَنَّ رَسُولَ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- غَيَّرَ اسْمَ عَاصِيَةَ. وَقَالَ: "أَنْتِ جَمِيلَةُ

"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menukar nama (seorang perempuan bernama) 'Ashiyah (yang bermaksud; perempuan yang engkar) di mana baginda berkata kepada (perempuan itu); 'Kamu adalah Jamilah (bermaksud; yang indah)'". (Riwayat Imam Muslim)

Said bin al-Musayyab menceritakan bahawa bapanya -yang bernama Hazn (bermaksud; susah/sedih)- telah datang kepada Nabi s.a.w., lalu baginda bertanya kepadanya; 'Apa nama kamu?'. Jawab bapaku; 'Hazn'. Lalu Rasulullah berkata; 'Kamu adalah Sahl (yakni Nabi menukar namanya kepada Sahl yang bermaksud; mudah). Namun bapaku berkata; 'Aku tidak akan menukar nama yang diberikan kepadaku oleh bapaku'.
Said berkata; '(Dengan kedegilannya itu) maka berterusanlah huzunah (yakni kepayahan/kesedihan) membelenggu keluarga kami selepasnya'". (Riwayat Imam Bukhari dari Said bin al-Musayyab dari bapanya)

Semoga bermanfaat...

0 comments:

Post a Comment